Sejarah Garuda Indonesia Garuda_Indonesia

Garuda Indonesia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo

Garuda Indonesia bermula pada 26 Januari 1949, dengan bantuan KLM Royal Dutch Airlines menggunakan Catalina Flying Boats dan DC-3 Dakota. Pesawat pertama mereka diberi nama Seulawah yang bermaksud Gunung Emas. Sepanjang permulaan operasi Garuda,ia mendapat banyak pertolongan dari kerajaan Burma. Pada tahun 1953 sahaja, 46 pesawat di dalam operasi Garuda. Pada tahun 1954, Garuda menjadi penerbangan kebangsaan Indonesia. Convair 240 dan Convair 340 kemudiannya memasuki perkhidmatan diikuti Lokheed Elektra pada tahun 1961. Manakala pada tahun 1956, Garuda membuat penerbangan sulung ke Mekah.

Tahun 1960-an menyaksikan kemajuan yang pesat dalam industri penerbangan Indonesia. Penerbangan pertama ke Hong Kong bermula pada tahun 1961. Pesawat jet pertama iaitu Convair CV990A diperkenalkan pada tahun 1963 digunakan untuk penerbangan ke Amsterdam, Belanda. Kemudiannya DC-8 yang disewa dari KLM Royal Dutch Airlines memasuki operasi menggantikan Convair CV990A. Pesawat ini kemudiannya dibeli sendiri oleh Garuda. Manakala, F27,F28, DC9 dan 737-200 digunakan untuk perkhidmatan domestik.

Pada awal 1990-an, Garuda menggunakan pesawat DC10-30, Boeing 747 dan Airbus A300 untuk destinasi antarabangsa mereka.